Pelan perhimpunan dan insiden sebelum perhimpunan Perhimpunan Bersih 2015

Perkarangan Kompleks Membeli-Belah Sogo Kuala Lumpur merupakan salah satu dan empat tempat perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala LumpurPasar Seni Kuala Lumpur merupakan salah satu dan empat tempat perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala LumpurBrickfields Kuala Lumpur merupakan salah satu dan empat tempat perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala LumpurMasjid Negara Kuala Lumpur merupakan salah satu dan empat tempat perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur

Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengatakan perhimpunan aman seperti Bersih ini tidak boleh dicabar oleh undang-undang, dan pihak polis seharusnya menyediakan bukti dan sebab-sebab yang dapat meyakinkan tentang mengapa Bersih mesti ditegah daripada diadakan walhal Perlembagaan Malaysia jelas membenarkan perhimpunan aman diadakan.[28][29]

Majlis Peguam Malaysia menyatakan adalah suatu kesalahan bagi pihak polis untuk menghalang Perhimpunan Bersih dari terus diadakan.[30][31] Selain itu, pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mengatakan adalah tidak bertanggungjawab untuk pihak berkuasa menyesatkan orang awam dengan mengatakan dakwaan bahawa Bersih itu haram atau sengaja untuk menjatuhkan kerajaan.[32][33]

Menteri Pendidikan Tinggi Idris Jusoh memberi amaran kepada penuntut dari terlibat dalam perhimpunan Bersih dan pelajar yang gagal mengikut aturan mungkin bakal diambil tindakan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.[34] Majlis Universiti dan beberapa universiti dalam negara seperti Universiti Teknologi MARA melarang penuntutnya dari mengikuti Perhimpunan Bersih, dan memberi ancaman bahawa pelajar yang mengikuti mungkin akan digantung pengajian.[35][36] Ketua Angkatan Tentera Malaysia ATM, Gen Zulkifeli Mohd Zin berkata kemasukan tentera hanya akan berlaku sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat.[37][38] Tentera Laut Diraja Malaysia akan mengambil tindakan kepada para pegawai, atau kadet yang mengambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih.[39]

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang mengawal penggunaan internet di Malaysia telah memberi maklum dilaman Facebooknya bahawa sebarang aktiviti yang menjurus kepada pengiklanan Bersih yang akan membawa kepada kemaslihatan keamanan akan diblok.[40][41][42] Bersih menyangkal keputusan SKMM itu dan meminta orang awam untuk menghantar email kepada SKMM dan mengatakan bahawa Bersih akan mencari sumber perundangan jika SKMM tidak menarik balik ketetapannya sebaik perhimpunan bermula.[43][44][45] Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jailani Johari berkata portal berita juga tidak akan terlepas dari diblok jika ia melaporkan tentang perhimpunan Bersih.[46][47]

Kumpulan pro-pemerintah seperti Himpunan Solidariti Untuk Mu Malaysia dianggarkan akan menghantar 10,000 orang wakil berhimpun dihadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk membantah Perhimpunan Bersih.[48][49] Namun terdapat kumpulan berbaju merah telah membuat persembahan ala-silat di hadapan Pusat membeli-Belah Sogo, dengan mengadakan pertunjukan seni mempertahankan diri dengan bantuan beberapa bongkah batu, kayu-kayan dan dianggarkan lebih kurang 200 orang berhimpun. Terdapat juga demonstrasi dengan menggunakan parang. Pelbagai gaya seni mempertahankan diri ala-haiwan liar ditonjolkan, namun polis sedang menyiasat acara tersebut.[50][51][52] Tidak beberapa lama kemudian, wakil kumpulan baju merah digelar Cintakan keamanan (anti-Bersih 4) Jamal Md Yunos, mengatakan pihaknya membatalkan hasrat untuk mengadakan demonstrasi pada 29-30 Ogos ini dan memilih tarikh lain.[53][54][55]

Kuala Lumpur

Pihak polis memberitahu pada awalnya perhimpunan boleh diteruskan tetapi dengan beberapa syarat, misalnya dilarang mengganggu perniagaan dan menggalakkan orang ramai menjatuhkan kerajaan.[56][57] Tamabahan dari itu polis mesti diberi notis dalam 10 hari atau didenda RM10,000 akan dikenakan keatas penganjur seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.[58] Bersih dalam itu telah menemui pihak polis dalam meminta pihak polis menjaga keselamatan para peserta, juga meminta supaya tidak bertindak menembak gas pemedih mata kearah peserta.[59][60] Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta untuk pihak Bersih menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding Dataran Merdeka [61][62] Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menolak permohonan Bersih untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.[63][64] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah meminta untuk Bersih untuk menunda perhimpunan selama seminggu, Bersih menolak cadangan tersebut. DBKL juga mencadangkan lain lain lokasi misalnya Titiwangsa, Merdeka Stadium and the National Stadium.[65] Bersih has said they will stay out Dataran Merdeka, but will protest within its vicinity, which will include resting on the streets of Kuala Lumpur in participants' own sleeping bags.[66] Bersih has advised participants of the rally to bring sleeping bags, blankets and umbrellas, including food and drink during the duration of the rallies.[67] Bersih has setup five gathering points for the participants to start out before heading to Dataran Merdeka:Sogo, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields and the National Mosque.[68]

Bersih has also arranged for 2000 volunteers to ensure crowd control and security to replace PAS' Unit Amal which was responsible for that in previous Bersih rallies.[69][70] New Hope Movement (GHB) will organised around 500 volunteers called the Amal Relief,[71] while People's Justice Party will be sending 700 of their Youth Wing AMK SKUAD to help keep order and security for the rally.[72]

Kuching

Pihak pemerintah enggan memberi permit kebenaran berhimpun kepada Bersih yang mahu mengadakan demonstrasi di Padang Merdeka dekat Kuching, tetapi meminta Bersih mencari tempat alternatif lain untuk berhimpun.[73][74] Bersih tetap mahukan perhimpunan di adakan di Padang Merdeka tetapi Kerajaan Negeri sarawak enggan memberi kebenaran,[75] Namun begitu Kerajaan Negeri mencadangkan mereka memilih Padang Rekreasi Song Kheng Hai atau Stadium Padang Jubilee.[76]. Namun akhirnya, Kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) membenarkan perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan di padang Song Kheng Hai dengan syarat penganjur mesti memastikan ia berlangsung secara aman.[77]

Kota Kinabalu

Bersih Sabah memberitahu Perhimpunan Bersih akan diadakan di Dermaga Esplanade Tanjung Lipat pada 29 Ogos, namun tempoh masa diambil dijangka lebih pendek berbanding di Kuala Lumpur. Bersih berhasrat untuk menyediakan tempat penginapan sesuai seperti perkhemahan dan menjadualkan beberapa aktiviti sampingan menerusi bantahan.[78][79] Perhimpunan ini turut digelar "Pesta Demokrasi".[80][81] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa signal yang belum dikenal pasti diberikan oleh pihak Polis Sabah, Bersih Sabah dan dijangka tidak akan memberikan pengumuman tentang tempat perhimpunan Bersih yang akan diadakan berikutan kegusaran akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.[82][83] Polis Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perhimpunan di Tanjung Lipat tidak akan diteruskan, dengan sebab Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tidak memberi kebenaran untuk Bersih mengadakan perhimpunan aman.[84][85]

Lain-lain tempat seluruh dunia

Kumpulan Bersih Global, yang berpusat di Geneva bagi mewakili masyarakat diaspora Malaysia seluruh dunia akan mengadakan acara solidariti awam di 50 buah bandar seluruh dunia bagi menyatakan sokongan kepada Perhimpunan Bersih 4 di Malaysia.[86][87]

Rujukan

WikiPedia: Perhimpunan Bersih 2015 http://www.theheatonline.asia/POLITICS/Join-Bersih... http://www.smh.com.au/world/malaysian-pm-najib-raz... http://english.astroawani.com/malaysia-news/bersih... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/be... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2...